Apa itu Bollinger Band?
Petunjuk Bollinger Bands (yang dinamakan terhadap penciptanya) memaparkan perubahan turun naik semasa, mengesahkan hala tuju, memberi amaran kemungkinan kesinambungan atau pemecahan trend, tempoh penyatuan, peningkatan turun naik untuk pemecahan serta menentukan kadar tetinggi dan terendah tempatan.
Cara Menggunakan Bollinger Band
Petunjuk berikut merangkumi tiga moving averages:
Upper band - 20-day simple moving average (SMA) serta sisihan harga.
Middle band - 20-day SMA.
Lower band - 20-day SMA tolak sisihan harga.
Peningkatan jarak diantara "upper" dan "lower" bands ketika turun naik bertumbuh, mencadangkan pertumbuhan harga di dalam trend dimana hala tujunya selaras dengan garisan "Middle". Sebaliknya, di dalam situasi kadar turun naik yang rendah apabila bands-nya menghampiri satu sama lain, boleh ditafsirkan situasi berikut harga pasaran akan bergerak di dalam jarak melintang.
Harga bergerak di luar Bands, berkemungkinan menandakan sama ada kesinambungan Trend (apabila Band terapung berjauhan selaras dengan peningkatan turun naik) atau pusingan U Trend jika pergerakkan semasa semakin lemah. Walau bagaimanapun setiap sinario mesti disahkan oleh petunjuk lain seperti RSI, ADX atau MACD.
Jika harga melepasi garisan "Middle" daripada bawah atau atas boleh ditafsirkan sebagai isyarat beli atau jual masing-masing.
Strategi Bollinger Bands
Strategi Dagangan Bollinger Bands bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada keadaan oversold atau overbought di dalam pasaran. Harga dianggap "overextended" pada bahagian atas apabila ia menyentuh "upper band" (overbought). Sebaliknya "overextended" pada bahagian bawah, apabila ia menyentuh "lower band" (oversold). Stratefi berikut digunakan sebagai isyarat terus untuk membeli atau menjual alatan tertentu. Penggunaan "upper dan lower bands" sebagai sasaran harga dianggap sebagai kaedah termudah untuk menggunakan strategi Bollinger Bands. Jika harga melintasi di bawah purata, "lower band" menjadi sasaran harga terendah. Jika harga melintasi ke atas puarata yang sama, "upper band" digunakan sebagai sasaran harga tetinggi.
Di dalam sistem dagangan Bollinger Band trend menaik dipaparkan oleh turun naik diantara "upper dan middle bands". Di dalam situasi berikut jika harga melintasi ke bawah "middle band", ini memberi amaran pembalikkan trend kepada arah menurun menandakan isyarat menjual.
Di dalam trend menurun, turun naik harga diantara "middle dan lower bands", dan harga melintasi ke atas "middle band", memberi amaran pembalikkan trend ke atas, memberi isyarat beli.
Formula Bollinger Bands (Pengiraan)
Garisan "middle" (ML) merupakan Moving Average asas:
ML = SUM [CLOSE, N]/N
Garisan atas (TL) merupakan sishan (D), ML tetinggi:
TL = ML + (D*StdDev)
Garisan bawah (BL) merupakan sishan (D), ML terendah.
BL = ML — (D*StdDev))
Dimana:
N — bilangan tempoh yang digunakan dalam pengiraan;
ML — Simple Moving Average;
StdDev — Standard Deviation.
0 Comments