Update Pasaran Hari Ini

 



Di bawah adalah update terbaru mengenai pasaran dunia dan juga US.

1️⃣ Saham AS

  • Futures bercampur – Dow turun sikit, tapi S&P & Nasdaq naik.

  • Wall Street masih catat rekod semalam sebab ramai yakin Fed akan potong kadar faedah minggu depan.

  • Hari ni keluar data PPI, esok CPI → ini akan tentukan hala tuju inflasi & peluang rate cut.

2️⃣ Syarikat Besar

  • Oracle (ORCL) meletup 🚀 saham naik lebih 28% sebab bisnes cloud & AI melonjak gila-gila (+1,529% revenue untuk MultiCloud!).

  • GameStop (GME) pun naik hampir 6% lepas revenue suku tahunan naik 22%.

  • Apple (AAPL) turun sikit walaupun lancar iPhone 17 & model baru iPhone Air. Harga iPhone Pro naik $100 (start $1099), entry-level masih $799.

3️⃣ Minyak Mentah

  • Brent naik ke $66.78, WTI $63.03 (+0.6%).

  • Sebab: Israel serang Hamas di Doha → kacau rundingan damai.

  • Trump desak EU kenakan tarif besar pada India & China sebab beli minyak Rusia.

  • Poland pula tembak jatuh dron Rusia → tension makin panas di Eropah.

🔎 Ringkasnya:

  • Saham tech masih jadi tumpuan (Oracle bawa vibes positif).

  • Apple neutral → produk baru tapi market belum teruja.

  • Minyak naik sebab geopolitik makin tegang.

  • Semua mata tunggu data inflasi → itu penentu sama ada Fed potong kadar agresif atau biasa-biasa je minggu depan.

Post a Comment

0 Comments